![](https://help.apple.com/assets/605932B4A1B7A93F492858E8/605932C0A1B7A93F492858FF/ms_MY/058e4af8e726290f491044219d2eee73.png)
Log keluar, tidur, bangun, mulakan semula, atau tutup Mac anda
Pada bila-bila masa, anda boleh log keluar, tidur, bangunkan, mula semula atau tutup Mac anda.
Log keluar
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Log Keluar.Jika anda tidak mahu tetingkap app yang terbuka untuk buka semula apabila anda log masuk semula, nyahpilih “Buka semula tetingkap apabila log masuk semula”.
Jika Mac anda disediakan untuk berbilang pengguna, pengguna lain boleh log masuk selepas anda log keluar.
Tidur
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Tidur. Jika anda menggunakan komputer buku Mac, hanya tutup paparan.
Bangun
Pada Mac anda, tekan bar Space atau klik tetikus atau trackpad. Jika anda menggunakan komputer buku Mac dan paparan ditutup, hanya bukanya.
Untuk keselamatan, anda boleh mengesetkan pilihan ke memerlukan kata laluan selepas membangunkan Mac anda. Anda mungkin boleh membuka kunci Mac anda dengan Apple Watch anda atau menggunakan Touch ID berbanding memasukkan kata laluan anda.
Mula Semula
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Mula Semula.Jika anda tidak mahu tetingkap app yang terbuka untuk buka semula apabila Mac anda mula semula, nyahpilih “Buka semula tetingkap apabila log masuk semula”.
Tutup
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Tutup.Jika anda tidak mahu tetingkap app yang terbuka untuk buka semula apabila Mac anda mula semula, nyahpilih “Buka semula tetingkap apabila log masuk semula”.
Mac tutup sepenuhnya apabila skrin hitam. Sesetengah komputer juga tidak menunjukkan lampu kuasa yang aktif atau mempunyai sebarang kipas atau bunyi pemacu.
Penting: Jika anda menggunakan komputer buku Mac, tunggu sehingga ia ditutup dengan sepenuhnya sebelum menutup paparan. Jika anda menutup paparan semasa Mac menutup, ia tidak boleh ditutup dengan betul dan mungkin bermula dengan lebih perlahan pada lain kali anda mengaktifkannya.
Sentiasa menutup Mac anda sebelum membuka bekas untuk memasang memori tambahan atau peranti lain ke dalam komputer. Anda juga mungkin perlu menutup sebelum menyambungkan atau mencabut palam peranti persisian tertentu. Jika anda tidak pasti, rujuk pada dokumentasi yang disertakan dengan peranti itu.
Anda tidak perlu menutup Mac anda apabila menyambungkan atau memutuskan sambungan kabel, seperti USB-C, Thunderbolt, atau Ethernet.
Penting: Anda boleh menutup paksa jika perlu—sebagai contoh, jika Mac anda tidak bertindak balas—dengan menekan dan menahan butang kuasa sehingga Mac anda tutup. Anda mungkin kehilangan perubahan yang tidak disimpan dalam dokumen terbuka.