Log keluar, tidur, mulakan semula dan tutup
Anda boleh log keluar atau meletakkan Mac anda tidur jika anda bercadang untuk menggunakannya kemudian. Pada sebarang masa, anda boleh mulakan semula atau tutup Mac anda.
Log keluar
Pilih menu Apple > Log Keluar. Jika anda tidak mahu tetingkap app yang anda telah buka terbaru untuk membuka semula apabila anda log masuk semula, nyahpilih “Buka semula tetingkap apabila log masuk semula.”
Jika Mac anda disediakan untuk berbilang pengguna, pengguna lain boleh log masuk selepas anda log keluar.
Tidur
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pilih Menu Apple > Tidur.
Tekan dan tahan butang kuasa sehingga anda melihat dialog mulakan semula, tidur atau tutup, kemudian klik Tidur, atau tekan S.
Untuk membuatkan Mac mudah alih tidur, hanya tutup paparan.
Untuk bangunkan Mac anda, tekan bar Space, klik tetikus atau trackpad, atau buka paparan.
Untuk keselamatan, anda boleh mengesetkan pilihan ke memerlukan kata laluan selepas membangunkan Mac anda. Anda mungkin boleh membuka kunci Mac anda dengan Apple Watch anda atau menggunakan Touch ID berbanding memasukkan kata laluan anda.
Mula Semula
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pilih Menu Apple > Mula Semula.
Tekan dan tahan butang kuasa sehingga anda nampak pilihan, kemudian klik Mula Semula atau tekan R.
Jika penuding membeku pada skrin atau Mac anda menjadi tidak responsif, tekan dan tahan Control-Command semasa anda menekan butang kuasa untuk memaksa mulakan semula.
Penting: Jika anda paksa mulakan semula, anda mungkin hilang perubahan yang tidak disimpan dalam dokumen terbuka.
Jika anda tidak mahu tetingkap app yang anda buka terbaru terbuka semula apabila anda mulakan semula Mac anda dan daftar masuk, nyahpilih “Buka semula tetingkap apabila log masuk semula.”
Tutup
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pilih menu Apple > Tutup.
Jika anda tidak mahu tetingkap app yang anda buka terbaru terbuka semula apabila anda mulakan semula Mac anda dan daftar masuk, nyahpilih “Buka semula tetingkap apabila log masuk semula.”
Tekan dan tahan butang kuasa sehingga anda melihat dialog mulakan semula, tidur, atau tutup, kemudian klik Tutup, atau tekan Return.
Jika anda tidak mahu tetingkap app yang anda buka terbaru terbuka semula apabila anda mulakan semula Mac anda dan daftar masuk, nyahpilih “Buka semula tetingkap apabila log masuk semula.”
Jika Mac anda tidak boleh tutup, tekan dan tahan butang kuasa selama 6 saat untuk memaksa tutup.
Penting: Jika anda paksa tutup, anda mungkin hilang perubahan yang tidak disimpan dalam dokumen terbuka.
Mac tutup dengan sepenuhnya apabila skrin hitam; sesetengah komputer juga tidak menunjukkan lampu kuasa yang aktif atau mempunyai sebarang bunyi kipas atau pemacu.
Sentiasa menutup Mac anda sebelum membuka bekas untuk memasang memori tambahan atau peranti lain ke dalam komputer. Anda juga mungkin perlu menutup sebelum menyambungkan atau mencabut palam peranti persisian tertentu. Jika anda tidak pasti, rujuk pada dokumentasi yang disertakan dengan peranti itu.
Anda tidak perlu tutup Mac anda apabila menyambung atau memutuskan kabel seperti USB, FireWire, Thunderbolt, telefon, mikrofon, fon kepala, atau Ethernet.
Penting: Jika anda mempunyai Mac mudah alih, tunggu sehingga ia ditutup dengan sepenuhnya sebelum menutup paparan. Jika anda menutup paparan semasa Mac menutup, ia tidak boleh ditutup dengan betul dan mungkin bermula dengan lebih perlahan pada lain kali anda mengaktifkannya.