Tukar kata laluan log masuk pada Mac
Adalah penting untuk mengubah kata laluan log masuk anda dari semasa ke semasa bagi melindungi privasi anda.
Nota: Kata laluan log masuk anda ialah kata laluan yang anda masukkan untuk membuka kunci Mac anda apabila anda menghidupkannya atau membangunkannya dari tidur. Ia bukan kata laluan Apple ID, yang memberikan akses ke iTunes Store, App Store, Apple Books, iCloud dan perkhidmatan Apple lain.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Jika anda terlupa kata laluan log masuk anda dan tidak boleh membuka Mac anda, lihat Reset kata laluan log masuk Mac anda.
Klik Ubah Kata Laluan.
Masukkan kata laluan semasa anda dalam medan Kata Laluan Lama.
Masukkan kata laluan baru anda dalam medan Kata Laluan Baru, kemudian masukkannya semula dalam medan Sahkan.
Untuk bantuan memilih kata laluan yang selamat, klik butang Kunci di sebelah medan Kata Laluan Baru.
Masukkan pembayang bagi membantu anda mengingati kata laluan.
Pembayang muncul jika anda memasukkan kata laluan yang salah tiga kali berturut-turut, atau jika anda klik tanda soalan dalam medan kata laluan pada tetingkap log masuk.
Klik Ubah Kata Laluan.