Mengubah kata laluan log masuk
Adalah penting untuk mengubah kata laluan log masuk anda dari semasa ke semasa bagi melindungi privasi anda.
Jika anda terlupa kata laluan log masuk, anda perlu resetnya. Lihat Reset kata laluan log masuk Mac anda.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan.
Klik Ubah Kata Laluan.
Masukkan kata laluan semasa anda dalam medan Kata Laluan Lama.
Masukkan kata laluan baru anda dalam medan Kata Laluan Baru, kemudian masukkannya semula dalam medan Sahkan.
Untuk bantuan memilih kata laluan yang selamat, klik butang Kunci di sebelah medan Kata Laluan Baru.
Masukkan pembayang bagi membantu anda mengingati kata laluan.
Pembayang muncul jika anda memasukkan kata laluan yang salah tiga kali berturut-turut, atau jika anda klik tanda soalan dalam medan kata laluan pada tetingkap log masuk.
Klik Ubah Kata Laluan.