Gunakan Ethernet untuk menyambung dua komputer Mac
Anda boleh menggunakan kabel Ethernet untuk menyambungkan dua komputer Mac untuk berkongsi fail atau bermain permainan rangkaian. Jika komputer anda tidak mempunyai port Ethernet, cuba gunakan Penyesuai USB Ethernet atau penyesuai Thunderbolt ke Penyesuai Ethernet Gigabit.
Sambungkan kabel Ethernet standard dari port Ethernet pada satu komputer ke port Ethernet pada komputer yang lain. Anda tidak perlu menggunakan kabel silang Ethernet.
Pada setiap Mac, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian, kemudian catatkan nama komputer untuk setiap komputer.
Dalam Finder pada salah satu komputer Mac, pilih Pergi > Sambung ke Pelayan, kemudian klik Layari.
Dwiklik komputer lain dalam tetingkap, kemudian masukkan kata laluan anda, jika perlu.
Jika anda mengkonfigurasikan seting TCP/IP secara manual untuk perkhidmatan Ethernet di komputer yang anda sedang bersambung, anda mungkin perlu memasukkan alamat TCP/IP komputer tersebut dalam dialog Sambung ke Pelayan.
Untuk melihat atau mengesetkan alamat TCP/IP, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian, kemudian pilih Ethernet dalam senarai.