Cipta rangkaian komputer ke komputer pada Mac
Jika anda mahu menyediakan rangkaian Wi-Fi sementara, ad hoc antara Mac anda dan peranti lain, anda boleh mencipta rangkaian anda sendiri menggunakan menu Wi-Fi.
Cipta rangkaian ad hoc
Pada Mac anda, dayakan rangkaian legasi.
Klik ikon status Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih Cipta Rangkaian.
Masukkan nama dan pilih saluran untuk rangkaian anda.
Klik Cipta.
Apabila anda mencipta rangkaian komputer ke komputer, menu ikon Wi-Fi berubah untuk menunjukkan komputer . Rangkaian baru tersedia dalam bahagian Peranti daripada menu Wi-Fi.
Sambungkan ke rangkaian ad hoc
Selepas anda mencipta rangkaian ad hoc, anda boleh menyambungkan rangkaian daripada Mac lain.
Pada Mac yang lain, dayakan rangkaian legasi.
Klik ikon status Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih rangkaian ad hoc.
Dayakan rangkaian legasi
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Dalam senarai perkhidmatan di sebelah kiri, pilih Wi-Fi, kemudian klik Lanjutan.
Pilih kotak semak “Tunjukkan rangkaian legasi dan pilihan”.
Klik OK, kemudian klik Guna.