Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Mencipta rangkaian komputer ke komputer
Jika anda mahu menyediakan rangkaian Wi-Fi sementara, ad hoc antara Mac anda dan peranti lain, anda boleh mencipta rangkaian anda sendiri menggunakan menu Wi-Fi.
Klik ikon status Wi-Fi dalam bar menu dan pilih Cipta Rangkaian.
Masukkan nama dan pilih saluran untuk rangkaian anda.
Klik Cipta.
Apabila anda mencipta rangkaian komputer ke komputer, menu ikon Wi-Fi berubah untuk menunjukkan komputer . Apabila anda selesai, klik menu Wi-Fi sekali lagi dan pilih Putuskan Sambungan untuk menutup rangkaian yang anda cipta.
Lihat jugaTunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu