Tukar keutamaan Tarikh & Masa pada Mac
Gunakan Keutamaan Sistem Tarikh & Masa untuk mengeset atau menukar tarikh dan masa pada Mac anda. Apabila tarikh dan masa adalah betul, cap masa pada e-mel, mesej dan fail adalah tepat.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Tarikh & Masa.
Buka keutamaan Tarikh & Masa untuk saya
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilihan Tarikh & Masa
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Setkan tarikh dan masa secara automatik | Pilih kotak semak untuk menjadikan tarikh dan masa pada Mac anda disetkan secara automatik menggunakan pelayan masa rangkaian. Klik menu timbul, kemudian pilih pelayan yang terdekat dengan anda, atau taipkan alamat pelayan masa rangkaian anda. Jika Mac anda tidak bersambung ke internet, ia akan bersambung apabila anda memilih pilihan ini. | ||||||||||
Kalendar | Untuk menggunakan kalendar bagi mengesetkan tarikh pada Mac anda secara manual, nyahpilih kotak semak “Set tarikh dan masa secara automatik”, klik tarikh hari ini pada kalendar (atau gunakan anak panah atas dan bawah bersebelahan medan tarikh), kemudian klik Simpan. | ||||||||||
Jam | Untuk menggunakan jam bagi mengesetkan masa pada Mac anda secara manual, nyahpilih kotak semak “Set tarikh dan masa secara automatik”, seret jarum jam untuk menunjukkan masa yang tepat (atau gunakan anak panah atas dan bawah bersebelahan medan masa), kemudian klik Simpan. |
Pilihan Zon Waktu
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Setkan zon waktu secara automatik menggunakan lokasi semasa | Pilih kotak semak untuk menjadikan zon waktu pada Mac anda disetkan berdasarkan lokasi semasa anda. Nota: Perkhidmatan Lokasi mesti diaktifkan untuk menentukan lokasi semasa anda. Lihat Tukar keutamaan Privasi. | ||||||||||
Peta | Untuk menggunakan peta bagi mengesetkan zon waktu pada Mac anda secara manual, nyahpilih kotak semak “Set zon waktu secara automatik menggunakan lokasi semasa”, kemudian klik lokasi pada peta. Lokasi disahkan dalam medan Zon Waktu; klik menu timbul Bandar Terdekat untuk memilih bandar berbeza, jika tersedia. Perubahan anda digunakan kali seterusnya anda memulakan semula komputer anda. |
Anda boleh mengesetkan pilihan untuk menyesuaikan cara tarikh dan masa muncul dalam bar menu. Lihat Tukar keutamaan Dock & Bar Menu.
Untuk memilih format yang digunakan untuk menunjukkan tarikh dan masa dalam bahasa lain pada Mac anda, lihat Tukar cara tarikh, masa dan banyak lagi dipaparkan pada Mac.
Petua: Klik tarikh dan masa dalam bar menu untuk membuka Pusat Pemberitahuan. Lihat Gunakan Pusat Pemberitahuan.