Tukar cara folder dibuka dalam Finder pada Mac
Apabila anda membuka folder dalam Finder, kandungan folder selalunya menggantikan kandungan semasa tetingkap. Jika anda suka, anda boleh membuka folder dalam tab atau tetingkap baru.
Setkan cara kesemua folder dibuka
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Umum.
Klik menu timbul “Utamakan tab apabila membuka dokumen”, kemudian pilih pilihan:
jangan: Buka folder dalam tetingkap baru, bukannya tab.
dalam skrin penuh: Buka folder dalam tab hanya apabila anda bekerja dalam skrin penuh.
selalu: Buka folder dalam tab baru.
Buka folder tunggal
Pada Mac anda, tekan kekunci Command semasa anda dwiklik folder.
Folder terbuka dalam tab atau tetingkap baru, bergantung kepada keutamaan Finder anda. Dalam Finder, pilih Finder > Keutamaan, kemudian klik Umum. Pilih “Buka folder dalam tab dan bukannya tetingkap baru” untuk membuka folder dalam tab; nyahpilihnya untuk membuka folder dalam tetingkap.
Petua: Jika bar alat Finder dan bar sisi disembunyikan, dwiklik folder tanpa menekan kekunci Command yang membuka folder dalam tetingkap baru.
Untuk membuka tetingkap Finder yang baru tanpa membuka folder tertentu, klik ikon Finder dalam Dock, kemudian pilih Fail > Tetingkap Finder Baru atau tekan Command–N.
Kerja dengan tab
Dalam Finder pada Mac anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Jika semua tab anda tidak kelihatan, skrol melaluinya.
Apabila dua atau lebih tab dibuka, klik butang Tambah untuk membuka tab baru.
Untuk menutup tab, tempatkan penuding ke tab, kemudian klik butang Padam .