Buka folder dalam tab atau tetingkap Finder baru
Apabila anda membuka folder dalam Finder, kandungan folder selalunya menggantikan kandungan semasa tetingkap. Jika anda suka, anda boleh membuka folder dalam tab atau tetingkap baru.
Setkan cara kesemua folder dibuka
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Dock.
Klik menu timbul “Utamakan tab apabila membuka dokumen”, kemudian pilih pilihan:
Sentiasa
Dalam Skrin Penuh Sahaja
Secara Manual
Secara lalai, dokumen dibuka dalam tab hanya apabila app dalam skrin penuh.
Anda juga boleh memilih apa yang terjadi apabila anda tekan dan tahan kekunci Command dan dwiklik folder. Dalam Finder, pilih Finder > Keutamaan, kemudian klik Umum. Pilih “Buka folder dalam tab dan bukannya tetingkap baru” untuk membuka folder dalam tab; nyahpilihnya untuk membuka folder dalam tetingkap.
Buka folder tunggal
Tekan kekunci Command semasa anda dwiklik folder.
Folder terbuka dalam tab atau tetingkap baru, bergantung kepada keutamaan Finder anda.
Petua: Jika bar alat Finder dan bar sisi disembunyikan, dwiklik folder tanpa menekan kekunci Command yang membuka folder dalam tetingkap baru.
Untuk membuka tetingkap Finder yang baru tanpa membuka folder tertentu, pilih Fail > Tetingkap Finder Baru atau tekan Command–N.
Kerja dengan tab
Jika semua tab anda tidak kelihatan, skrol melaluinya.
Apabila dua atau lebih tab dibuka, klik butang Tambah untuk membuka tab baru.
Untuk menutup tab, tempatkan penuding ke tab, kemudian klik butang Padam .