Kawal akses ke kamera anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan kamera anda untuk mengambil foto atau video. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan kamera pada Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Pilih Kamera.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya mengakses kamera anda.
Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan diminta untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app tersebut cuba menggunakan kamera anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan kamera anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Untuk pentadbir sistem yang mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Rujukan Pengerahan untuk Mac.