Benarkan app mengakses maklumat desktop anda
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan maklumat dalam folder Desktop anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin mengakses folder Desktop anda untuk menempatkan fail pada desktop anda. Lihat Kawal akses ke fail dan folder anda.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan maklumat dalam folder Desktop anda, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan folder Desktop anda, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat dalam folder Desktop anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh semak semula dan menukar seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi daripada keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya