Tukar keutamaan Skrin Aktif Masa Skrin pada Mac
Gunakan anak tetingkap Skrin Aktif pada keutamaan Masa Skrin untuk melihat statistik tentang kekerapan anda menggunakan peranti anda dan app pertama yang anda gunakan apabila menggunakan peranti anda.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Masa Skrin, kemudian pilih Skrin Aktif dalam bar sisi. Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, pilih ahli keluarga daripada menu timbul dalam bar sisi.
Buka keutamaan Skrin Aktif Masa Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tarikh | Gunakan butang Hari Ini, butang anak panah kiri atau kanan dan menu timbul Tunjukkan Penggunaan untuk memilih hari atau minggu yang anda mahu memaparkan statistik.
| ||||||||||
App | Pilih untuk memaparkan statistik bagi satu app atau semua app digabungkan.
| ||||||||||
Peranti | Pilih peranti yang anda mahu memaparkan statistik.
Pilihan ini tersedia hanya untuk anda atau ahli keluarga yang mengesetkan Masa Skrin pada berbilang peranti. |