Jejak penggunaan app dan peranti dalam Masa Skrin pada Mac
Masa Skrin memaparkan jumlah masa yang anda dan anak anda luangkan dalam app, jumlah pemberitahuan yang anda terima dan bilangan kali anda menggunakan Mac dan peranti lain anda. Anda boleh menukar paparan untuk menunjukkan statistik untuk tempoh masa yang berlainan, serta untuk app dan peranti individu.
Anak tetingkap laporan tidak memaparkan sebarang data sehingga anda mengaktifkan Masa Skrin. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk diri anda atau Sediakan Masa Skrin untuk anak.
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac ahli keluarga.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Jika anda ahli kumpulan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul dalam bar sisi, kemudian pilih ahli keluarga.
Untuk melihat laporan penggunaan app, pilih Penggunaan App dalam bar sisi.
Tukar tempoh masa: Gunakan menu timbul dan butang anak panah di atas carta untuk memilih tarikh tunggal atau seminggu untuk paparan.
Paparkan statistik untuk app: Klik App, kemudian pilih app atau pilih Semua App.
Paparkan statistik untuk kategori app: Klik Kategori, kemudian pilih kategori app atau pilih Semua Kategori.
Paparkan statistik mengikut peranti: Klik menu timbul di bahagian bawah anak tetingkap untuk memilih peranti tertentu, atau pilih Semua peranti untuk melihat statistik yang digabungkan.
Lihat maklumat tentang had: Letakkan penuding ke atas baris di bawah lajur had, kemudian klik butang Info . Butang Info tersedia hanya untuk app. Jika ikon Had muncul dalam lajur had, item ini mempunyai had ditetapkan padanya. Jika anda melihat butang Tambah Had , item tidak mempunyai had ditetapkan. Anda boleh klik butang untuk menambah had kepada item dengan cepat.
Untuk melihat jumlah pemberitahuan yang diterima daripada app, pilih Pemberitahuan dalam bar sisi.
Tukar tempoh masa: Gunakan menu timbul dan butang anak panah di atas carta untuk memilih tarikh tunggal atau seminggu untuk paparan.
Paparkan statistik untuk app: Pilih app atau pilih Semua App.
Paparkan statistik mengikut peranti: Klik menu timbul di bahagian bawah anak tetingkap untuk memilih peranti tertentu, atau pilih Semua peranti untuk melihat statistik yang digabungkan.
Untuk melihat bilangan klik skrin peranti aktif, pilih Skrin Aktif dalam bar sisi.