Tukar seting keselamatan cakera permulaan pada Mac dengan Apple silicon
Mac dengan Apple silicon menggunakan ciri keselamatan canggih volum sistem ditandatangani untuk melindungi Mac anda daripada pengacauan hasad. Secara lalai, Mac anda menggunakan paras keselamatan tertinggi, dipanggil Keselamatan Penuh. Sebelum sambungan sistem legasi (juga dikenali sebagai sambungan kernel atau kext) boleh dipasang pada komputer Mac dengan Apple silicon, dasar keselamatan mesti ditukar ke Keselamatan Dikurangkan.
Jika Mac yang dimiliki oleh organisasi didaftarkan dalam pengurusan peranti mudah alih (MDM), MDM boleh mengurus sambungan kernel dan kemas kini perisian secara jauh. Pengurusan ini boleh disahkan secara automatik jika nombor siri untuk Mac diuruskan MDM muncul dalam Apple School Manager atau Apple Business Manager. Jika nombor siri Mac yang diuruskan MDM tidak muncul dalam Apple School Manager atau Apple Business Manager, pentadbir MDM boleh meminta pentadbir setempat untuk menukar dasar keselamatan ke Keselamatan Dikurangkan secara manual bagi membenarkan pengurusan sambungan kernel secara jauh.
Tukar paras keselamatan yang digunakan pada cakera permulaan anda
Pada Mac dengan Apple silicon, pilih menu Apple > Tutup.
Tekan dan tahan butang kuasa sehingga anda melihat “Memuatkan pilihan permulaan”.
Klik Pilihan, kemudian klik Teruskan.
Jika diminta, masukkan kata laluan untuk akaun pentadbir.
Mac anda dibuka dalam mod Pemulihan.
Dalam Pemulihan macOS, pilih Utiliti > Utiliti Keselamatan Permulaan.
Pilih cakera permulaan yang anda mahu gunakan untuk mengesetkan dasar keselamatan.
Jika cakera disulitkan dengan FileVault, klik Buka Kunci, masukkan kata laluan, kemudian klik Buka Kunci.
Klik Dasar Keselamatan.
Semak pilihan keselamatan berikut:
Keselamatan Penuh: Memastikan hanya OS semasa anda, atau perisian sistem pengendalian berdaftar yang dipercayai oleh Apple pada masa ini, boleh dijalankan. Mod ini memerlukan sambungan rangkaian ketika pemasangan perisian.
Keselamatan Dikurangkan: Membenarkan sebarang versi perisian sistem pengendalian berdaftar yang dipercayai oleh Apple untuk dijalankan.
Jika perlu, pilih Keselamatan Dikurangkan, masukkan nama pengguna dan kata laluan pentadbir anda, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pilih kotak semak “Benarkan pengurusan pengguna untuk sambungan kernel daripada pembangun dikenal pasti” untuk membenarkan pemasangan perisian yang menggunakan sambungan kernel legasi.
Pilih kotak semak “Benarkan pengurusan jauh sambungan kernel dan kemas kini perisian automatik” untuk mengesahkan pengurusan jauh sambungan kernel legasi dan kemas kini perisian menggunakan penyelesaian (MDM).
Klik OK.
Mulakan semula Mac anda untuk perubahan berkuat kuasa.
Nota: Jika anda menghadapi masalah memulakan Mac dengan Apple silicon anda dan anda percaya masalah mungkin berkaitan dengan memasang perisian pihak ketiga, anda boleh cuba memulakan Mac anda dalam mod selamat.