![](https://help.apple.com/assets/605932B4A1B7A93F492858E8/605932C0A1B7A93F492858FF/ms_MY/058e4af8e726290f491044219d2eee73.png)
Mulakan Mac anda dalam mod selamat
Memulakan Mac anda dalam mod selamat boleh membantu anda menentukan sama ada isu yang anda alami disebabkan perisian yang dimuatkan semasa Mac anda bermula.
Mulakan Mac berasaskan Intel dalam mod selamat
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Tutup.Selepas Mac anda tutup, tunggu 10 saat.
Mula semula Mac anda, kemudian tekan dan tahan kekunci Shift serta-merta.
Lepaskan kekunci Shift apabila anda melihat tetingkap log masuk.
Mulakan Mac dengan Apple silicon dalam mod selamat
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Tutup.Selepas Mac anda tutup, tunggu 10 saat.
Tekan dan tahan butang kuasa pada Mac anda sehingga tetingkap pilihan permulaan kelihatan menunjukkan cakera permulaan dan Pilihan tersedia.
Pilih cakera permulaan.
Tekan dan tahan kekunci Shift, klik Teruskan dalam Mod Selamat, kemudian lepaskan kekunci Shift.
Untuk meninggalkan mod selamat, mulakan semula Mac anda secara normal, tanpa menekan dan menahan sebarang kekunci semasa permulaan.