Kawal akses ke pengecaman pertuturan pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh mengakses pengecaman pertuturan pada Mac anda, yang menghantar suara yang dirakam kepada Apple untuk memproses permintaan anda. Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan pengecaman pertuturan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Pilih Pengecaman Pertuturan.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya untuk mengakses pengecaman pertuturan.
Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan pengecaman pertuturan, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Untuk pentadbir sistem yang mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Rujukan Pengerahan untuk Mac.