Lakukan lebih lagi pada desktop anda
Jadikan desktop anda unik
Pilih rupa yang anda mahukan untuk desktop anda. Anda boleh menggunakan warna yang mudah, gambar kegemaran anda, atau foto suasana yang bertukar mengikut waktu dalam hari.
Akses kawalan yang anda gunakan setiap hari
Pusat Kawalan memberikan anda akses segera ke kawalan yang anda paling kerap gunakan—seperti Wi-Fi, kelantangan dan kecerahan—supaya anda boleh melaraskannya dengan mudah semasa anda bekerja. Hanya klik butang Pusat Kawalan dalam bar menu.
Dapatkan maklumat sekilas pandang
Pemberitahuan dan widget anda muncul dalam paparan tunggal dalam Pusat Pemberitahuan, jadi anda boleh melihat perancangan hari anda dengan mudah. Anda juga boleh menambah widget yang anda mahukan, dalam tiga saiz berbeza.
Ambil gambar skrin
Gunakan Tangkapan Skrin pada Mac anda untuk mengambil gambar atau rakaman skrin anda dengan cepat untuk berkongsi dengan orang lain.
Kemaskan desktop anda
Dengan Tindanan, fail pada desktop anda disusun ke kumpulan berkaitan secara automatik—supaya anda boleh menyimpan kandungan anda dalam kategori yang kemas. Hanya klik desktop, kemudian pilih Paparan > Gunakan Tindanan.