Mulakan dengan Mac anda
Jadikan desktop anda milik anda
Pilih rupa yang anda mahukan untuk desktop anda. Anda boleh menggunakan warna yang mudah, gambar kegemaran anda, atau foto suasana yang bertukar mengikut waktu dalam hari.
Tukar seting dengan cepat
Pusat Kawalan memberikan anda akses segera ke kawalan yang anda paling kerap gunakan, seperti Wi-Fi, kelantangan, kecerahan dan banyak lagi. Hanya klik ikon Pusat Kawalan dalam bar menu.
Cari dan buka app
Mac anda didatangkan dengan berdozen app popular yang telah terbina dalam. Anda boleh melihat dan membuka app ini dengan mudah—klik ikon Launchpad dalam Dock.
Spotlight pada Mac anda
Cari dengan Spotlight untuk menemui app, dokumen, e-mel, imej dan banyak lagi dengan cepat pada Mac anda. Daripada hasil carian, anda boleh menyalin item ke desktop, memautkan ke lebih info di web dan juga melakukan tugasan cepat, seperti mengesetkan penggera.
Daftar masuk dengan Apple ID anda
Apple ID ialah akaun peribadi yang anda gunakan untuk mengakses App Store, Apple Music, FaceTime, iCloud dan perkhidmatan Apple lain. Daftar masuk di mana-mana sahaja dengan Apple ID yang sama, serta seting dan perkhidmatan Apple anda kekal terkini pada semua peranti anda.