![](https://help.apple.com/assets/605932B4A1B7A93F492858E8/605932C0A1B7A93F492858FF/ms_MY/106ba2d7107ef06182690a344e00b1ce.png)
Benarkan app mengakses volum rangkaian anda
Sesetengah app dan tapak web boleh mengakses volum rangkaian anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin mengakses maklumat daripada volum rangkaian untuk memberikan anda kemas kini atau fail khusus.
Untuk membenarkan app atau tapak web mengakses volum rangkaian, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan akses ke volum rangkaian, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk mengakses volum rangkaian, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh semak semula dan menukar seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi daripada keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya