Jika anda tidak dapat menyambung ke rangkaian Wi-Fi pada Mac
Jika anda sedang menghadapi masalah menyambung ke rangkaian Wi-Fi, terdapat beberapa penyelesaian yang anda boleh cuba.
Pastikan Wi-Fi dihidupkan. Anda boleh menggunakan ikon status Wi-Fi dalam bar menu untuk mengaktifkan Wi-Fi.
Anda mungkin berada di luar jarak lingkungan. Pastikan Mac anda berada dalam julat rangkaian wayarles tersebut.
Perkhidmatan Wi-Fi mungkin tidak tersedia dalam keutamaan Rangkaian.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian .
Buka keutamaan Rangkaian untuk saya
Jika Wi-Fi tiada dalam senarai perkhidmatan sambungan rangkaian, klik butang Tambah di bawah senarai, klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih Wi-Fi. Namakan perkhidmatan Wi-Fi, kemudian klik Cipta.
Jika anda bersambung ke rangkaian wayarles dicipta oleh stesen pangkalan AirPort atau AirPort Time Capsule, mulakan semula peranti dengan mencabut kord kuasa. Tunggu beberapa minit, kemudian pasangkan kembali kord kuasa. Selepas rangkaian tersedia, cuba bersambung semula.