Cipta Apple ID pada Mac
Apple ID memberikan anda akses ke iTunes Store, App Store, Apple Books, iCloud, FaceTime dan perkhidmatan Apple lain. Ia mengandungi alamat e-mel (sebagai contoh, michael_cavanna@icloud.com) dan kata laluan. Apple mengesyorkan anda menggunakan Apple ID yang sama untuk semua perkhidmatan Apple. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Apple ID, lihat Tapak web Sokongan Apple ID.
Anda boleh mencipta Apple ID menggunakan alamat e-mel semasa anda atau mendapatkan alamat e-mel @icloud dijanakan untuk anda.
Anda boleh mencipta Apple ID pada peranti Mac, iOS dan iPadOS atau di tapak web akaun Apple ID. Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.
Penting: Jika anda terlupa atau perlu mereset Apple ID atau kata laluan anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa Apple ID, alamat e-mel atau nombor telefon anda atau Jika anda terlupa kata laluan Apple ID anda.
Menggunakan sama ada alamat e-mel semasa anda atau alamat iCloud yang dijana untuk anda, cipta Apple ID:
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Daftar Masuk.
Klik Cipta Apple ID, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Di sesetengah negara atau rantau, anda boleh gunakan nombor telefon dan bukannya alamat e-mel sebagai Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan nombor telefon mudah alih anda sebagai Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan keutamaan Apple ID anda pada Mac anda, lihat Setkan keutamaan Apple ID anda pada Mac.
Untuk memastikan pembelian dan akses kepada perkhidmatan Apple anda selamat, jangan kongsi Apple ID dan kata laluan anda dengan orang lain. Untuk berkongsi pembelian anda dengan ahli keluarga, anda boleh menyediakan kumpulan Perkongsian Keluarga dengan sehingga lima ahli keluarga lain. Lihat Apakah Perkongsian Keluarga pada Mac?
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Apple ID anda pada peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.