Tukar keutamaan Perencanaan Papan Kekunci pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Perencanaan untuk mengaktifkan Perencanaan dan pilih bahasa serta pintasan papan kekunci untuk digunakan apabila anda rencanakan. Ketahui cara untuk menggunakan perencanaan papan kekunci.
Untuk membuka keutamaan Perencanaan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Perencanaan.
Buka anak tetingkap Perencanaan untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mikrofon | Klik menu timbul di bawah ikon mikrofon, kemudian pilih mikrofon. Jika anda memilih Automatik, Mac anda mendengar kepada peranti yang anda akan gunakan untuk perencanaan papan kekunci. | ||||||||||
Perencanaan | Aktifkan dan nyahaktifkan perencanaan papan kekunci. | ||||||||||
Bahasa | Pilih bahasa. Perencanaan papan kekunci tidak tersedia dalam semua bahasa. Jika anda tidak nampak bahasa yang anda mahu dalam menu timbul, pilih Tambah Bahasa atau Sesuaikan untuk memuat turunnya. Anda boleh muat turun berbilang bahasa. Jika anda tidak lagi mahu menggunakan bahasa yang anda muat turun, anda boleh keluarkannya. Klik menu timbul Bahasa, pilih Sesuaikan, kemudian nyahpilih bahasa yang anda tidak mahu guna. | ||||||||||
Pintasan | Klik menu timbul Pintasan, kemudian pilih pintasan untuk memulakan perencanaan. Untuk mencipta pintasan anda sendiri, klik menu timbul Pintasan, pilih Sesuaikan, kemudian tekan kekunci yang anda mahu gunakan. Sebagai contoh, anda boleh tekan Option-Z. Nota: Apabila anda memilih pintasan papan kekunci perencanaan, bergantung pada model Mac anda, pilihan “Tekan kekunci Fn untuk” atau “Tekan untuk” dalam anak tetingkap Papan Kekunci pada Keutamaan Sistem Papan Kekunci mungkin bertukar secara automatik. Sebagai contoh, jika anda memilih Tekan Kekunci Fn (Fungsi) Dua Kali dalam pilihan Pintasan Perencanaan, pilihan Papan Kekunci bertukar ke Mulakan Perencanaan (Tekan Fn Dua Kali) secara automatik. | ||||||||||
Perihal Perencanaan & Privasi | Klik untuk mengetahui apabila perencanaan mungkin menghantar perkara yang anda sebutkan dan maklumat lain kepada Apple untuk memproses permintaan anda dan cara anda boleh mengawal data apakah yang disimpan. |
Untuk berkongsi atau berhenti berkongsi rakaman audio dengan Apple pada bila-bila masa, pilih atau nyahpilih kotak semak Tingkatkan Siri & Perencanaan dalam bahagian Analitis & Peningkatan daripada keutamaan Privasi dalam Keselamatan & Privasi. Lihat Tukar keutamaan Privasi.