![](https://help.apple.com/assets/5EF110D6680CE23B38350954/5EF110E3680CE23B3835095C/ms_MY/529219ca6df18400969b5836932927ee.png)
Tukar keutamaan Perencanaan Papan Kekunci pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Perencanaan untuk mengaktifkan Perencanaan dan pilih bahasa serta pintasan papan kekunci untuk digunakan apabila anda rencanakan. Lihat Rencanakan mesej dan dokumen anda.
Untuk membuka keutamaan Perencanaan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Perencanaan.
Buka anak tetingkap Perencanaan untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mikrofon | Klik menu timbul di bawah ikon mikrofon, kemudian pilih mikrofon. Jika anda memilih Automatik, Mac anda mendengar kepada peranti yang anda akan gunakan untuk perencanaan papan kekunci. | ||||||||||
Perencanaan | Aktifkan dan nyahaktifkan perencanaan papan kekunci. | ||||||||||
Bahasa | Pilih bahasa. Perencanaan papan kekunci tidak tersedia dalam semua bahasa. Jika anda tidak nampak bahasa yang anda mahu dalam menu timbul, pilih Tambah Bahasa atau Sesuaikan untuk memuat turunnya. Anda boleh muat turun berbilang bahasa. Jika anda tidak lagi mahu menggunakan bahasa yang anda muat turun, anda boleh keluarkannya. Klik menu timbul Bahasa, pilih Sesuaikan, kemudian nyahpilih bahasa yang anda tidak mahu guna. | ||||||||||
Pintasan | Secara lalai, anda tekan kekunci Fn (Fungsi) dua kali untuk memulakan atau menghentikan perencanaan papan kekunci. Jika anda suka, anda boleh memilih pintasan berlainan daripada menu timbul. Untuk cipta pintasan yang tiada dalam senarai, pilih Menyesuaikan, kemudian tekan kekunci yang anda mahu gunakan. Sebagai contoh, anda boleh tekan Option-Z. | ||||||||||
Perihal Perencanaan & Privasi | Klik untuk mengetahui cara perencanaan papan kekunci menghantar perkara yang anda sebutkan kepada Apple untuk memproses permintaan anda, serta jenis maklumat lain yang dihantar. Maklumat lain ini boleh termasuk nama anda atau nama kenalan anda (jika anda telah menambah mereka ke Kenalan) untuk memahami anda dengan lebih baik dan mengenali perkara yang anda sebutkan. |
Untuk berkongsi atau berhenti berkongsi rakaman audio dengan Apple pada bila-bila masa, pilih atau nyahpilih kotak semak Tingkatkan Siri & Perencanaan dalam bahagian Analitis & Peningkatan daripada keutamaan Privasi. Lihat Tukar keutamaan Privasi.