Gunakan pilihan Wi-Fi lanjutan untuk menentukan rangkaian Wi-Fi keutamaan dan menyusunnya dalam aturan keutamaan. Anda juga boleh menggunakan pilihan lanjutan untuk menentukan sama ada kata laluan pentadbir diperlukan untuk mengawal kemampuan Wi-Fi tertentu, seperti mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi.
Untuk menukar pilihan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian, pilih Wi-Fi dalam senarai perkhidmatan, Option-klik Lanjutan, kemudian klik Wi-Fi.
Pilihan
Perihalan
Rangkaian Pilihan
Mac anda mencari rangkaian dalam aturan ia muncul dalam senarai rangkaian pilihan dan bersambung ke rangkaian Wi-Fi tersedia yang pertama dijumpai.
Tambah rangkaian ke senarai: Klik butang Tambah di bahagian bawah senarai Rangkaian Pilihan, masukkan nama rangkaian, pilih jenis keselamatan daripada menu timbul, masukkan kata laluan, kemudian klik OK.
Untuk menambah rangkaian Wi-Fi tersedia dengan cepat, klik butang Tambah di bahagian bawah senarai Rangkaian Pilihan, klik Tunjukkan Rangkaian, pilih rangkaian yang anda mahu tambah, klik Sertai, masukkan kata laluan, kemudian klik OK.
Keluarkan rangkaian daripada senarai: Pilih rangkaian yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Keluarkan di bahagian bawah senarai Rangkaian Pilihan.
Utamakan rangkaian: Seret rangkaian ke dalam tertib yang anda suka.
Setkan pilihan untuk rangkaian: Pilih kotak semak di sebelah kanan nama rangkaian untuk menyertainya secara automatik (Sertai Auto), pertimbangkannya sebagai rangkaian tersembunyi (Tersembunyi), atau benarkan kata laluan untuk rangkaian dikongsi (Boleh Dikongsi).
Jika anda tidak melihat kotak semak Tersembunyi dan Boleh Dikongsi, klik OK untuk kembali ke anak tetingkap Wi-Fi, kemudian Option-klik Lanjutan.
Ingat rangkaian yang komputer ini telah sertai
Pilih pilihan ini untuk menambah rangkaian yang anda telah sertai ke senarai rangkaian secara automatik.