![](https://help.apple.com/assets/5EF110D6680CE23B38350954/5EF110E3680CE23B3835095C/ms_MY/c7fb1e8468f992eaa766f00f44d66954.png)
Tukar pilihan Wi-Fi lanjutan pada Mac
Anda boleh setkan pilihan tertentu Wi-Fi lanjutan. Sebagai contoh, anda boleh tentukan rangkaian Wi-Fi pilihan dan menyusunnya dalam aturan keutamaan serta tentukan sama ada kata laluan pentadbir diperlukan untuk mengawal keupayaan Wi-Fi tertentu, seperti mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih Wi-Fi dalam senarai di bahagian kiri.
Jika Wi-Fi tiada dalam senarai, pastikan anda mempunyai kad Wi-Fi dipasang dalam komputer anda, kemudian klik butang Tambah
di bawah senarai. Klik menu timbul Antara Muka, pilih Wi-Fi, berikan nama perkhidmatan Wi-Fi, kemudian klik Cipta.
Option-klik Lanjutan, klik Wi-Fi, kemudian lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah rangkaian ke senarai rangkaian: Klik butang Tambah
di bawah senarai Rangkaian Pilihan, masukkan nama rangkaian, kemudian pilih jenis keselamatan dari menu timbul. Untuk melihat rangkaian Wi-Fi tersedia, klik Tunjukkan Rangkaian, kemudian pilih rangkaian wayarles dari senarai.
Keluarkan rangkaian daripada senarai rangkaian: Pilih rangkaian yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Keluarkan
di bahagian bawah senarai Rangkaian Pilihan.
Utamakan rangkaian: Seret rangkaian ke dalam tertib yang anda suka.
Setkan pilihan untuk rangkaian: Pilih kotak semak di sebelah kanan nama rangkaian untuk menyertai rangkaian secara automatik, pertimbangkan rangkaian sebagai rangkaian tersembunyi, atau benarkan kata laluan untuk berkongsi rangkaian.
Secara automatik menambah rangkaian yang anda telah sertai ke senarai rangkaian: Pilih “Ingat rangkaian yang komputer ini telah sertai.”
Memerlukan kata laluan pentadbir untuk mengubah pilihan dari menu status Wi-Fi: Pilih sebarang tindakan di bawah “Memerlukan kebenaran pentadbir untuk”.
Klik OK.
Klik Guna.