Tukar keutamaan Perkongsian dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Perkongsian daripada keutamaan iTunes untuk berkongsi pustaka anda (atau senarai main tertentu) atau mengemas kini kiraan main.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Perkongsian.
Kongsi pustaka saya pada rangkaian tempatan saya | Benarkan sehingga lima komputer lain pada rangkaian tempatan anda untuk memaparkan dan memainkan item dari pustaka anda. Anda boleh berkongsi keseluruhan pustaka anda atau memilih senarai main khusus untuk dikongsi. Jika anda memilih “Memerlukan kata laluan”, orang lain boleh melihat pustaka anda tetapi mereka tidak dapat memainkan apa-apa tanpa kata laluan yang anda tentukan. | ||||||||||
Komputer dan peranti Perkongsian Rumah mengemas kini kiraan main | Kiraan main untuk item dalam pustaka iTunes anda dikemas kini apabila item dimainkan pada komputer lain dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda atau pada iPod, iPhone, atau iPad anda. |