Tukar tempat fail iTunes anda disimpan pada PC
Secara lalai, muzik, rancangan TV, filem, podcast dan fail lain yang muncul dalam pustaka iTunes anda disimpan di sini:
Muzik\iTunes\iTunes Media
Anda boleh menukar tempat fail media iTunes anda disimpan.
Penting: Untuk hasil terbaik, jangan tukar lokasi folder iTunes atau folder di dalamnya.
Tukar tempat fail yang diimport disimpan
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Klik Tukar, kemudian pilih lokasi baru untuk fail anda.
Mulai sekarang, lagu baru dan item lain yang anda import akan disimpan dalam lokasi baru. Lagu yang telah anda import kekal dalam lokasi semasanya.
Untuk kembali menyimpan fail diimport dalam folder iTunes, pilih Edit > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian klik Reset.
Sepadukan fail anda dalam folder iTunes
Anda boleh menyepadukan semua fail dalam pustaka anda ke dalam folder iTunes—contohnya, untuk memudahkan anda mengalihkan pustaka anda ke komputer baru.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Fail > Pustaka > Susun Pustaka.
Pilih “Sepadukan fail”.
Fail kekal di lokasi asalnya dan salinan diletakkan dalam folder iTunes.
Untuk mencipta folder (Muzik, Filem, Rancangan TV, Podcast, Buku Audio dan seterusnya) dalam folder iTunes anda dan letakkan semua fail media anda yang diimport dalam folder yang bersesuaian, pilih “Susun semula fail dalam folder ‘iTunes Media’”.
Tambah fail dan pada pustaka anda tanpa menambahnya pada folder iTunes anda
Apabila anda menambah item yang sedia ada dalam komputer anda ke pustaka iTunes, iTunes meletakkan salinan fail dalam folder iTunes anda. Fail asal kekal di lokasi semasanya.
Anda boleh menukar seting ini agar fail ditambah pada pustaka iTunes anda tanpa ditambah pada folder iTunes. Anda juga mungkin ingin melakukan ini jika anda lebih suka menyimpan fail video pada cakera luaran tetapi masih mahu melihatnya dalam iTunes.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Nyahpilih kotak semak bersebelahan “Salin fail ke folder iTunes Media apabila menambah pada pustaka”.
Mulai sekarang, apabila anda menyeret fail ke pustaka anda atau memilih Fail > Tambah ke Pustaka, item muncul dalam iTunes, tetapi fail sebenar tidak disalin atau dipindahkan.
Petua: Anda boleh menterbalikkan seting ini buat sementara dengan menahan kekunci Alt semasa anda menyeret fail ke tetingkap iTunes.
Cari fail iTunes anda
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih pilihan (contohnya Muzik atau Filem) daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ketahui tempat fail disimpan: Pilih item, kemudian pilih Edit > Info [Item].
Laluan kepada fail ditunjukkan di bahagian bawah anak tetingkap Fail (bersebelahan Lokasi).
Tunjukkan fail dalam Windows Explorer: Pilih item, kemudian pilih Fail > Tunjukkan dalam Explorer.
Salin item ke folder iTunes anda apabila anda menambahnya pada pustaka iTunes anda
Apabila anda mengimport item dengan menyeretnya ke tetingkap iTunes atau memilih Fail > Tambah ke Pustaka, rujukan (atau “penuding”) kepada item—bukan item itu sendiri—diletakkan dalam folder iTunes. Anda mungkin tidak dapat memainkan lagu jika anda mengalihkannya.
Anda boleh menukar seting ini agar iTunes menyalin semua item yang diletakkan dalam folder iTunes.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Pilih kotak semak “Salin fail”.
Kali seterusnya anda menambah item pada pustaka anda, iTunes meletakkan salinan fail ke dalam folder iTunes anda; fail asal kekal di lokasi semasanya.
Petua: Apabila anda menyeret fail ke tetingkap iTunes, anda boleh membalikkan seting kotak semak buat sementara dengan menahan kekunci Alt semasa anda menyeret.
Jika lagu tidak muncul dalam iTunes lagi
Jika anda mengeluarkan lagu daripada folder iTunes, anda mungkin perlu menambah lagu pada iTunes sekali lagi sebelum anda boleh memainkannya.
Jika anda membuang fail Pustaka iTunes, lagu anda tidak lagi akan muncul dalam pustaka anda walaupun fail lagu masih dalam folder iTunes.
Jika fail telah hilang secara misteri, jalankan imbasan penuh komputer anda dengan perisian anti-virus yang terkini.
Untuk membuatkan lagu anda muncul kembali dalam pustaka:
Seret folder iTunes anda (secara lalai, terletak di dalam folder Muzik PC anda) ke tetingkap iTunes. Anda akan melihat kembali lagu tersebut dalam pustaka anda. Jika fail Pustaka iTunes disertakan, anda juga akan melihat senarai main asal anda.
Jika ini tidak berhasil, lagu anda mungkin berada di tempat lain pada pemacu keras anda. Dari Menu Mula, pilih Search dan cari lagu mengikut tajuk atau artis. Seret folder yang mengandungi lagu ke iTunes untuk menambah lagu ke iTunes sekali lagi.
Jika anda tidak menemui lagu yang anda cari, semak Tong Kitar Semula.