Cipta senarai main dalam iTunes pada PC
Anda mungkin ingin mencipta senarai main agar sesuai dengan perasaan tertentu, untuk menyusun lagu mengikut tema khusus atau untuk mengumpulkan lagu yang anda mahu bakar ke CD.
Senarai main yang anda cipta mempunyai ikon ini bersebelahannya.
Cipta senarai main
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Fail > Baru > Senarai Main.
Taipkan nama untuk senarai main.
Untuk menambah item, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Dari mana-mana dalam pustaka iTunes anda, seret item ke senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri.
Klik kanan item, pilih Tambah ke Senarai Main, kemudian pilih senarai main.
Edit senarai main
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih senarai main dan lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar tertib lagu: Seret lagu ke susunan yang anda inginkan.
Keluarkan item: Pilih item dan tekan kekunci Delete.
Jika lagu ditambah pada pustaka anda, ia tidak akan mengeluarkan item daripada pustaka atau peranti storan anda.
Anda juga boleh mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik berdasarkan peraturan yang anda pilih atau Senarai Main Genius yang termasuk muzik dalam pustaka anda yang serupa dengan lagu yang dipilih.