Panduan Pengguna iTunes
- Selamat Datang
- Apakah iTunes?
-
- Cara untuk menambah item
- Pindahkan pembelian daripada peranti mudah alih
- Import lagu daripada Internet
- Eksport muzik atau video daripada app lain
Dayakan iTunes dalam Windows Firewall pada PC
Apabila tembok api Windows 8 atau Windows 7 didayakan, ia mungkin menghalang iTunes daripada mengakses Internet kecuali jika iTunes disenaraikan sebagai pengecualian.
Pada PC anda, klik Mula, kemudian klik Panel Kawalan.
Klik Sistem dan Keselamatan, kemudian klik Windows Firewall.
Klik “Advanced settings”.
Klik Inbound Rules (di bawah “View and create firewall rules”).
Klik New Rule (di sebelah kanan tetingkap).
Dalam tetingkap yang muncul, pilih Program dan klik Seterusnya.
Pilih “Laluan program ini” dan klik Layari.
Navigasi ke Fail Program > iTunes dan klik Buka.
Pilih iTunes, klik Buka dan klik Seterusnya.
Pilih bila peraturan digunakan, kemudian klik Seterusnya.
Taipkan nama untuk peraturan dan tekan Tamat.
Jika anda masih menghadapi masalah, lawati tapak web iTunes untuk Mac atau Sokongan Windows.