Import media daripada komputer ke iTunes pada PC
Jika anda mempunyai fail audio atau video pada komputer anda, anda boleh mengimportnya ke dalam iTunes agar ia muncul dalam pustaka iTunes anda.
Untuk menambah media daripada Audible Manager ke iPod, iPhone, atau iPad, anda mesti mengimportnya dahulu ke dalam iTunes.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Fail > Tambah ke Pustaka atau Tambah Folder ke Pustaka.
Cari fail atau folder, kemudian klik Buka.
Jika anda menambah folder, semua fail yang terkandung dalamnya ditambah pada pustaka anda.
Petua: Anda juga boleh menyeret fail atau folder daripada desktop ke tetingkap iTunes untuk mengimportnya.
Secara lalai, menambah item ke pustaka iTunes anda akan mencipta rujukan ke lokasi semasa fail; fail asal kekal di lokasi semasa melainkan anda memilih “Salin fail ke folder iTunes Media apabila menambah ke pustaka”. Untuk mendapatkan maklumat tentang menyalin fail ke folder iTunes dan bukan mencipta rujukan kepadanya, lihat Tukar tempat fail anda disimpan. Jika fail ialah fail WMA yang tidak dilindungi dan anda mempunyai Windows Media Player Series 9 atau lebih baru dipasang, iTunes membuat salinan fail dan menambahnya pada pustaka iTunes anda. Fail WMA asal kekal tidak berubah. Anda tidak boleh menambah fail WMA yang dilindungi atau fail WMV yang dilindungi pada iTunes.
Untuk mengetahui cara menambah kandungan lain ke iTunes, lihat Cara untuk menambah item.