Padam lagu dan kandungan lain dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih pilihan (contohnya Muzik atau Filem) daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Klik item untuk memilihnya, kemudian tekan kekunci Delete.
Klik Padam [item].
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Keluarkan item hanya daripada pustaka iTunes anda: Klik Simpan Fail.
Padamkan item daripada komputer anda: Klik Alihkan ke Tong Kitar Semula. Item dikeluarkan pada kali seterusnya anda mengosongkan Tong Kitar Semula.
Memadamkan item daripada senarai main tidak mengeluarkannya daripada pustaka iTunes anda atau komputer anda. Memadamkan senarai main atau folder tidak mengeluarkan lagu daripada pustaka atau komputer anda. Memadamkan folder akan mengeluarkan semua senarai main dan folder di dalam folder tersebut.
Jika anda melanggan Apple Music atau iTunes Match, lagu yang anda padamkan daripada pustaka iTunes anda masih akan tersedia dalam iCloud, jadi anda boleh memainkan atau memuat turunnya pada bila-bila masa.
Jika anda tidak dapat mengeluarkan lagu, pastikan anda tidak memilih lagu dalam Senarai Main Pintar dengan “Kemas kini langsung” diaktifkan.