Sertai Apple Music menggunakan iTunes pada PC
Apple Music menyediakan akses kepada berjuta-juta lagu dan video. Sebagai pelanggan Apple Music, anda boleh:
Mainkan lagu, rancangan TV, filem dan video muzik pada sehingga 10 komputer dan peranti.
Muat turun lagu dan video supaya anda boleh mendengarnya walaupun anda tidak berada dalam talian.
Dapatkan pengesyoran untuk muzik baru berdasarkan cita rasa muzik anda, yang anda boleh perincikan pada bila-bila masa.
Lihat apa yang penyumbang Apple Music mendengar dan melanggan kepada senarai main mereka.
Temui muzik baru bersama rakan dengan berkongsi senarai main anda dan muzik yang anda dengari.
Uruskan seting Apple Music anda seperti pemberitahuan.
Dalam app iTunes pada PC anda, daftar masuk menggunakan Apple ID anda jika anda belum mendaftar masuk.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya sewaktu persediaan.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Klik Cuba Sekarang, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Apabila anda menyertai Apple Music sebagai pelanggan baru, langganan adalah percuma untuk satu tempoh percubaan.
Pada penghujung tempoh percubaan, langganan anda akan diperbaharui setiap bulan. Untuk mendapatkan maklumat tentang menyahaktifkan pembaharuan automatik, lihat artikel Sokongan Apple Lihat, tukar, atau batal langganan anda.
Sebarang item dalam koleksi muzik anda yang tidak tersedia dalam Apple Music akan dimuat naik secara automatik ke iCloud, supaya anda boleh mengaksesnya daripada komputer dan peranti anda yang lain.
Untuk mengetahui cara menambah kandungan lain ke iTunes, lihat Cara untuk menambah item.