Langgan Apple Music menggunakan iTunes pada PC
Apple Music ialah perkhidmatan langganan muzik penstriman yang membolehkan anda mendengar berjuta-juta lagu daripada katalog Apple Music di samping pustaka iTunes anda. Sebagai pelanggan, anda boleh mendengar pada bila-bila masa, mendapatkan pengesyoran diperibadikan, menonton kandungan video eksklusif dan banyak lagi.
Anda boleh melanggan Apple Music atau Apple One, yang menyertakan Apple Music dan perkhidmatan Apple yang lain. Lihat artikel Sokongan Apple Langganan Apple Pakej dengan Apple One.
Nota: Apple Music dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Apple Media Services.
Langgan Apple Music
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Akaun > Daftar Masuk, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya sewaktu persediaan.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Klik Cuba Sekarang, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Selepas anda menjadi pelanggan Apple Music, anda boleh:
Menstrim lagu, rancangan TV, filem dan video muzik disyorkan pada sehingga 10 komputer dan peranti
Muat turun lagu dan video supaya anda boleh mendengarnya walaupun anda tidak berada dalam talian
Melayari muzik, video muzik, senarai main yang baru dan menarik serta banyak lagi
Mainkan radio Apple Music—stesen yang dicipta oleh pakar yang anda boleh dengar sepanjang hari.
Cipta profil Apple Music dan kemudian temui muzik baru bersama rakan dengan berkongsi senarai main anda dan muzik yang anda dengar
Uruskan seting Apple Music anda seperti pemberitahuan
Nota: Sebarang item dalam pustaka iTunes yang tidak tersedia dalam Apple Music akan dimuat naik secara automatik ke iCloud, supaya anda boleh mengaksesnya daripada komputer dan peranti anda yang lain.
Jika anda bukan pelanggan, anda boleh melanggan item daripada iTunes Store dan menambah muzik ke pustaka anda. Untuk mengetahui cara untuk menambah kandungan lain ke iTunes, lihat Cara untuk menambah item.
Batalkan atau tukar langganan Apple Music anda
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Akaun > Lihat Akaun Saya, kemudian daftar masuk.
Dalam bahagian Seting, klik Urus bersebelahan Langganan.
Klik Edit bersebelahan Apple Music, kemudian lakukan satu yang berikut:
Batal: Klik Batalkan Langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Tukar: Pilih pelan lain, kemudian klik Selesai.
Kongsi Apple Music
Apabila anda melanggan Apple Music atau Apple One, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi Apple Music dengan sehingga lima ahli keluarga yang lain. Ahli kumpulan keluarga anda tidak perlu melakukan apa-apa—Apple Music tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka iTunes selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple Music atau Apple One dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan menggunakan langganan anda.
Nota: Untuk berhenti berkongsi Apple Music dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan anda, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.
Lihat artikel Sokongan Apple Apakah Perkongsian Keluarga? atau lawati Tapak web Perkongsian Keluarga.