Kongsi muzik dengan rakan dalam iTunes pada PC
Selepas anda mencipta profil Apple Music dan menambah rakan, anda boleh berhubung dengan rakan itu untuk berkongsi muzik anda dan melihat lagu yang mereka dengari.
Kongsi muzik yang anda dengari
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Edit.
Klik Seting Privasi Tambahan, kemudian pilih pilihan Mendengar Kepada untuk menunjukkan perkara yang anda sedang dengar dalam profil anda.
Untuk berhenti menunjukkan (dan berkongsi) perkara yang anda sedang dengar, nyahpilih Mendengar Kepada.
Kongsi senarai main anda
Dalam app iTunes pada PC anda, cipta senarai main.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Pilih senarai main dalam bar sisi.
Di atas senarai lagu dalam senarai main, pilih “Terbitkan pada profil dan carian”.
Untuk berhenti berkongsi senarai main, nyahpilih “Terbitkan pada profil dan carian”.
Lihat apa yang rakan anda sedang dengar
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik gambar profil orang untuk melihat lagu yang mereka dengari.