Temui dan kongsi muzik dengan rakan dalam iTunes pada PC
Selepas anda mencipta profil Apple Music dan menambah rakan, anda boleh berhubung dengan rakan itu untuk berkongsi muzik anda dan melihat lagu yang mereka dengari.
Tunjukkan muzik yang anda dengari
Dalam app iTunes pada PC anda, cipta senarai main.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Pilih senarai main dalam bar sisi.
Di atas senarai lagu dalam senarai main, pilih “Terbitkan pada profil dan carian”.
Untuk berhenti menunjukkan senarai main, pastikan “Terbitkan pada profil dan carian” tidak dipilih.
Lihat apa yang rakan anda sedang dengar
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID jika anda belum lagi daftar masuk.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik gambar profil orang untuk melihat lagu yang mereka dengari.