Pengenalan kepada senarai main dalam iTunes pada PC
Senarai main ialah kompilasi tersuai lagu dan video. Anda mungkin mahu mencipta senarai main untuk melakukan yang berikut:
Sesuai dengan perasaan atau keraian. Contohnya, anda boleh mencipta senarai main untuk parti makan malam, perkahwinan atau senaman pagi anda.
Pilih lagu tertentu untuk dikongsi dengan orang lain pada rangkaian setempat anda atau untuk menyelaraskan dengan peranti iOS atau iPadOS anda.
Bakar CD lagu.
Uruskan pustaka iTunes anda.
Nota: Anda boleh mencipta senarai main untuk sebarang jenis media, bukan hanya muzik.
Terdapat lima jenis senarai main; anda mencipta jenis pertama dengan sendiri dan iTunes mencipta yang empat lagi untuk anda.
Senarai main standard: Anda mencipta senarai main ini dengan menyeret item kepadanya.
Senarai Main Pintar: Tentukan peraturan untuk diikuti oleh iTunes dan ia mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik apabila pustaka anda berubah.
Genius Shuffle: iTunes memilih lagu, kemudian memainkan lagu yang sesuai dimainkan bersamanya.
Senarai main Genius: Pilih lagu dalam pustaka anda dan iTunes mencipta Senarai Main Genius dengan muzik yang serupa dalam pustaka anda.
Campuran Genius: iTunes mencipta senarai main berterusan dalam genre tertentu—seperti stesen radio bebas iklan—menggunakan lagu dalam pustaka anda.
Perubahan yang anda lakukan terhadap pustaka muzik anda dikemas kini merentas semua peranti anda apabila Pustaka Muzik iCloud diaktifkan dalam keutamaan Umum Jika anda bukan pelanggan Apple Music, perubahan muncul dalam pustaka muzik anda pada kali seterusnya anda menyelaraskan peranti dengan iTunes pada komputer anda.
Juga, apabila anda menyertai Apple Music, anda boleh melanggan senarai main yang dicipta oleh mana-mana penyumbang Apple Music.