Muat turun pembelian iTunes Store pada PC
Anda boleh mengesetkan iTunes untuk memuat turun item yang anda beli daripada iTunes Store ke berbilang komputer dan peranti secara automatik. Dengan cara ini, semua komputer dan peranti anda terkini dan mempunyai kandungan yang sama, walaupun anda tidak menyelaraskannya.
Nota: Sesetengah item mungkin tidak tersedia untuk muat turun automatik di semua negara atau rantau.
Anda boleh mengaktifkan muat turun automatik pada sehingga 10 peranti dan komputer secara keseluruhan.
Aktifkan muat turun automatik pada komputer yang dibenarkan
Anda perlu membenarkan komputer sebelum anda boleh mengaktifkan muat turun automatik. Anda boleh membenarkan sehingga lima komputer pada satu masa dengan Apple ID.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Muat Turun.
Di bawah Muat Turun Automatik, pilih jenis kandungan (Muzik, Filem dan Rancangan TV) yang anda mahu muat turun secara automatik.
Apabila anda membuat pembelian pada peranti atau komputer lain, item yang dibeli dimuat turun ke komputer anda secara automatik pada kali seterusnya anda membuka iTunes, atau apabila anda memilih Akaun > Semak untuk Muat Turun Tersedia.
Aktifkan muat turun automatik pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda
Penting: Sebelum mengaktifkan muat turun automatik pada peranti iOS atau iPadOS, pastikan anda mendaftar masuk ke iTunes Store pada peranti.
Pada skrin Utama peranti anda, ketik Seting, kemudian ketik iTunes & App Store.
Ketik untuk mengaktifkan jenis kandungan (Muzik, App dan Buku & Buku Audio) yang anda mahu muat turun secara automatik.