Muat turun pembelian iTunes Store pada PC
Apabila anda membeli item dalam iTunes Store, anda boleh memuat turunnya secara automatik ke berbilang komputer dan peranti. Dengan cara ini, semua komputer dan peranti anda mempunyai kandungan yang sama, walaupun anda tidak menyelaraskannya.
Nota: Sesetengah item mungkin tidak tersedia untuk muat turun automatik di semua negara atau rantau.
Aktifkan muat turun automatik pada komputer yang dibenarkan
Anda boleh mengaktifkan muat turun automatik pada sehingga 10 peranti dan komputer, digabungkan. Anda boleh membenarkan sehingga lima komputer pada satu masa dengan Apple ID.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Muat Turun.
Di bawah Muat Turun Automatik, pilih jenis kandungan (Muzik, Filem dan Rancangan TV) yang anda mahu muat turun secara automatik.
Apabila anda membuat pembelian pada peranti atau komputer lain, item yang dibeli dimuat turun ke komputer anda secara automatik pada kali seterusnya anda membuka iTunes, atau apabila anda memilih Akaun > Semak untuk Muat Turun Tersedia.
Aktifkan muat turun automatik pada iPod touch, iPhone atau iPad anda
Penting: Sebelum mengaktifkan muat turun automatik pada peranti iOS, pastikan anda mendaftar masuk ke iTunes Store pada peranti.
Pada skrin Utama peranti anda, ketik Seting, kemudian ketik iTunes & App Store.
Ketik untuk mengaktifkan jenis kandungan (Muzik, App dan Buku & Buku Audio) yang anda mahu muat turun secara automatik.