Cipta senarai keinginan iTunes Store pada PC
Anda boleh mencipta senarai keinginan item yang anda mahu beli daripada iTunes Store pada kemudian hari. Akaun anda tidak dicaj sehingga anda telah membeli item.
Hanya anda boleh melihat senarai keinginan anda.
Cipta senarai keinginan atau tambah item padanya
Dalam app iTunes pada PC anda, cari lagu tertentu atau item lain, kemudian pilihnya.
Klik anak panah bersebelahan harga.
Pilih Tambah ke Senarai Keinginan daripada menu timbul.
Lihat, beli, atau keluarkan item daripada senarai keinginan anda
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Akaun > Senarai Keinginan.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Beli item pada senarai keinginan anda: Klik harga bersebelahan item yang anda mahu beli.
Untuk memastikan lagu yang anda mahukan, anda boleh mendengar pratonton (bahagian lagu sepanjang 30 atau 90 saat) dengan mendwiklik tajuk lagu atau mengklik butang Pratonton untuk lagu.
Keluarkan item daripada senarai keinginan anda: Pilih item atau gerakkan penuding ke atasnya, kemudian klik butang Padam .
Halaman Senarai Keinginan juga termasuk senarai semua item yang anda pratonton dalam iTunes Store atau semasa menggunakan Siri pada peranti iOS atau iPadOS anda.