Gunakan Pemain Mini iTunes pada PC
Pemain Mini menggunakan ruang yang sangat sedikit pada skrin anda dan masih membolehkan anda melaraskan kelantangan, mencari lagu, memilih lagu seterusnya untuk dimainkan dan banyak lagi.
Pemain Mini memaparkan karya seni album untuk lagu yang sedang dimainkan. Apabila anda menggerakkan penuding ke atas karya seni, kawalan muncul.
Anda juga boleh mengecilkan skrin Pemain Mini kepada saiz yang lebih kecil.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Lihat > Tukar ke Pemain Mini.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Lihat dan edit senarai lagu akan datang: Klik butang Seterusnya .
Kecilkan kepada skrin Pemain Mini yang lebih kecil: Dalam baris kawalan, klik butang Lagi , kemudian pilih Sembunyikan Karya Seni Besar Pemain Mini.
Untuk kembali ke Pemain Mini penuh, klik butang Lagi , kemudian pilih Tunjukkan Karya Seni Besar Pemain Mini.
Untuk meletakkan Pemain Mini di latar depan pada desktop anda, pilih Edit > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian pilih “Letakkan Pemain Mini di atas semua tetingkap lain.”