Jika anda menghadapi masalah menggunakan iTunes Store pada PC
Jika anda tidak dapat melayari, daftar masuk, atau beli muzik daripada iTunes Store dalam app iTunes pada PC anda, cuba yang berikut:
Jika anda melihat mesej bahawa komputer anda tidak boleh bersambung ke iTunes Store, pilih item lain daripada menu timbul (contohnya, Podcast), kemudian klik Kedai sekali lagi. Jika komputer anda masih tidak bersambung, pastikan sambungan internet anda berfungsi—buka pelayar web dan lawati tapak web. Jika sambungan internet anda OK, mungkin terdapat masalah dengan iTunes Store. Cuba lawati kedai pada masa lain.
Pastikan tarikh, masa dan zon waktu komputer anda disetkan dengan betul.
Pastikan maklumat akaun anda adalah tepat dan anda tidak perlu membetulkan masalah dengan pembelian sebelumnya. Pilih Akaun > Lihat Akaun Saya, kemudian daftar masuk (jika perlu). Untuk mengesahkan maklumat akaun anda, klik Urus Bayaran bersebelahan Maklumat Bayaran.
Pastikan bahawa iTunes Store tersedia di negara atau rantau anda. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Apple Media Services.
Jika anda tidak dapat mencari lagu atau album yang anda inginkan, ia mungkin tidak tersedia untuk jualan. Lawati Tapak web Permintaan iTunes Store, kemudian lawati iTunes Store pada masa lain untuk melihat sama ada lagu atau album tersedia.
Jika anda masih menghadapi masalah menggunakan iTunes Store, lawati Tapak web Pengebilan dan Langganan.