Padam lagu dan item lain dalam iTunes pada PC
Dalam iTunes pada PC, padamkan lagu, filem, rancangan TV dan kandungan lain. Anda boleh mengeluarkan item daripada pustaka anda atau daripada komputer anda.
Padam lagu dan album
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Jika anda tidak melihat Muzik dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Klik item untuk memilihnya, kemudian tekan kekunci Delete.
Klik Padam [item].
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Keluarkan item hanya daripada pustaka iTunes anda: Klik Simpan Fail.
Padamkan item daripada komputer anda: Klik Alihkan ke Tong Kitar Semula. Item dikeluarkan pada kali seterusnya anda mengosongkan Tong Kitar Semula.
Nota: Jika lagu dikeluarkan daripada pustaka anda dengan serta-merta (iaitu anda tidak mendapat pilihan untuk menyimpan fail atau mengalihkannya ke Tong Kitar Semula), anda boleh menambah dan memuat turun lagu daripada Apple Music lagi.
Jika anda mengakses pustaka iTunes anda pada berbilang peranti, lagu yang anda padamkan daripada pustaka anda masih tersedia di iCloud, jadi anda boleh memainkan atau memuat turunnya pada bila-bila masa.
Jika anda tidak dapat mengeluarkan lagu, pastikan anda tidak memilih lagu dalam Senarai Main Pintar dengan “Kemas kini langsung” diaktifkan.
Padam filem dan rancangan TV
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Filem atau Rancangan TV daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Jika anda tidak melihat Filem atau Rancangan TV dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple TV yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple TV untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Klik item untuk memilihnya, kemudian tekan kekunci Delete.
Klik Padam [item].
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Keluarkan item hanya daripada pustaka iTunes anda: Klik Simpan Fail.
Padamkan item daripada komputer anda: Klik Alihkan ke Tong Kitar Semula. Item dikeluarkan pada kali seterusnya anda mengosongkan Tong Kitar Semula.
Anda boleh menyembunyikan item yang anda belum muat turun ke pustaka iTunes anda. (Untuk menambahnya semula ke pustaka, anda boleh memuat turunnya semula.)