Sediakan iPod sebagai cakera keras dalam iTunes pada PC
Jika anda mempunyai ruang tersedia pada iPod (iPod classic, iPod nano, atau iPod shuffle), anda boleh menyimpan sebarang jenis fail (seperti dokumen teks atau gambar) padanya. Anda boleh, contohnya, menggunakan iPod anda untuk menyalin fail dari satu komputer kepada yang lain. Anda juga boleh melihat fail yang disimpan pada iPod pada desktop anda.
Nota: Untuk mengesetkan iPod classic, iPod nano, atau iPod shuffle sebagai cakera keras, gunakan iTunes pada Windows 10 atau lebih baharu.
Sambungkan peranti anda ke komputer anda.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Klik butang Peranti berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes.
Klik Ringkasan (atau Seting).
Pilih “Dayakan penggunaan cakera”, kemudian klik Guna.
Jika kotak semak dimalapkan, anda sudah boleh menggunakan peranti anda sebagai cakera keras.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Salin fail ke peranti: Seret fail ke ikon peranti pada desktop.
Lihat fail yang disimpan pada peranti: Dwiklik ikonnya pada desktop. Anda tidak boleh melihat muzik, video atau permainan yang diselaraskan ke peranti anda menggunakan iTunes.
Salin fail dari iPod anda ke komputer anda: Dwiklik ikon iPod pada desktop dan seret fail ke tetingkap yang kelihatan.
Sediakan lebih banyak ruang pada peranti: Seret fail daripadanya ke Tong Kitar Semula, kemudian kosongkan Tong Kitar Semula.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyambungkan, menyelaraskan atau menguruskan fail pada iPod anda, lihat Panduan Pengguna iPod.