Jika anda menghadapi masalah untuk menyelaraskan video dalam iTunes pada PC
Jika iTunes memberitahu anda video tidak diselaraskan kerana ia tidak boleh dimainkan pada peranti, anda boleh menukarkannya kepada versi yang dioptimumkan untuk peranti anda.
Anda boleh menukarkan kebanyakan video untuk berfungsi dengan iPhone, iPad, iPod, atau Apple TV.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Filem daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Jika anda tidak melihat Filem dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple TV yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple TV untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Pilih video yang anda mahu tukarkan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Fail > Tukarkan > Cipta Versi iPod atau iPhone.
Pilih Fail > Tukarkan > Cipta Versi iPad atau Apple TV.
Menukarkan video boleh mengambil masa beberapa minit hingga beberapa jam, bergantung pada komputer anda dan panjang serta kandungan video.
Video asal kekal dalam pustaka iTunes anda.