Tukar keutamaan Perkongsian dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Perkongsian daripada keutamaan iTunes untuk berkongsi pustaka anda (atau senarai main tertentu) atau pilih untuk mengemas kini kiraan main.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Perkongsian.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kongsi pustaka saya pada rangkaian setempat saya | Benarkan sehingga lima komputer lain pada rangkaian setempat anda (seperti rangkaian Wi-Fi rumah) untuk memaparkan dan memainkan item daripada pustaka anda dan pilih apa-apa yang anda mahu kongsi.
| ||||||||||
Perlukan kata laluan | Memerlukan pengguna memasukkan kata laluan untuk memainkan item dalam pustaka anda. | ||||||||||
Komputer dan peranti Perkongsian Rumah mengemas kini kiraan main | Kemas kini kiraan main (bilangan kali item dimainkan) untuk item dalam pustaka iTunes anda apabila item dimainkan pada komputer lain dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda atau iPhone, iPad, atau iPod anda. |