Pengenalan kepada Google Workspace dengan Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, anda boleh memaut kepada Google Workspace menggunakan pengesahan penyepaduan untuk membenarkan pengguna mendaftar masuk dengan akaun Google Workspace mereka.
Untuk menggunakan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace, peranti Apple anda mesti memenuhi keperluan sistem pengendalian berikut:
iOS 15.5 atau terkini
iPadOS 15.5 atau terkini
macOS 12.4 atau terkini
Terdapat proses dua langkah untuk memautkan Apple Business Manager kepada Google Workspace dan menggunakan pengesahan penyepaduan:
1. Konfigurasikan proses pengesahan penyepaduan. Selepas anda berjaya mengkonfigurasikan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace, sebarang domain tambahan yang anda miliki akan dipaparkan secara automatik.
2. Uji pengesahan dengan akaun domain Google Workspace tunggal.
Jika anda sedang mencuba untuk menyepadukan domain yang telah anda sahkan tetapi organisasi lain telah menyepadukan domain yang sama, anda mesti menghubungi organisasi tersebut untuk menentukan siapa yang mempunyai kuasa untuk menyepadukan domain tersebut. Lihat Perihal konflik domain.
Google Workspace ialah Penyedia Identiti (IdP) yang mengesahkan pengguna untuk Apple Business Manager dan mengeluarkan token pengesahan.
Penting: Apabila sambungan Google Workspace tamat tempoh, penyepaduan dan penyegerakan akaun pengguna dengan Google Workspace berhenti. Anda mesti menyambung semula kepada Google Workspace untuk terus menggunakan penyepaduan dan penyegerakan.