Pengenalan kepada Microsoft Azure AD dengan Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, anda boleh memaut kepada Microsoft Azure Active Directory (Azure AD) untuk membenarkan pengguna mendaftar masuk dengan nama pengguna dan kata laluan Azure AD mereka.
Berbilang domain boleh disepadukan, tetapi mestilah daripada penyewa awam tunggal yang sama. Jika anda cuba menyepadukan domain yang telah anda sahkan tetapi organisasi lain telah menyepadukan domain yang sama, anda mesti menghubungi organisasi tersebut untuk menentukan siapa yang mempunyai kuasa untuk menyepadukan domain tersebut. Lihat Perihal konflik domain.
Penting: Pengesahan penyepaduan memerlukan Nama Utama Pengguna (UPN) sepadan dengan alamat e‑mel mereka. Alias Nama Utama Pengguna dan ID Alternatif tidak disokong.
Azure AD ialah Pembekal Identiti (IdP) yang mengesahkan pengguna untuk Apple Business Manager dan mengeluarkan token pengesahan. Oleh sebab Apple Business Manager menyokong Azure AD, IdP lain yang bersambung kepada Azure AD—seperti Perkhidmatan Bersepadu Active Directory (AD FS)—juga akan berfungsi dengan Apple Business Manager.
Pengesahan penyepaduan dan penyegerakan direktori
Untuk menambahkan app Apple Business Manager Azure AD dengan penyewa Microsoft, pentadbir penyewa mesti melalui proses pengesahan penyepaduan, termasuk ujian pengesahan. Apabila pengesahan telah berjaya, app Azure AD Apple Business Manager dihuni penyewa dan pentadbir boleh menyepadukan domain dan mengkonfigurasikan Apple Business Manager untuk menggunakan SCIM (Sistem Untuk Pengurusan Identiti Melangkaui Domain) untuk penyegerakan direktori. Lihat Semak keperluan SCIM.