Pengenalan kepada peranan dan keistimewaan dalam Apple Business Manager
Setiap pengguna Apple Business Manager mempunyai satu atau lebih peranan yang menentukan perkara yang pengguna boleh lakukan. Peranan tertentu boleh mengurus peranan lain. Sebagai contoh, pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir boleh bertindak pada pengguna yang mempunyai peranan mana‑mana Pengurus atau Kakitangan.
Pengguna dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu tidak boleh mendaftar masuk menggunakan pengesahan penyepaduan; mereka hanya boleh menguruskan proses penyepaduan.
Selain itu, setiap peranan terdiri daripada satu set keistimewaan, yang mempengaruhi semua pengguna yang mempunyai peranan tersebut. Peranan kakitangan mempunyai keistimewaan yang sangat terhad, peranan Pengurus mempunyai lebih banyak keistimewaan, dan pengguna dengan peranan Pentadbir mempunyai yang paling banyak keistimewaan.
Peranan | Boleh bertindak pada peranan lain yang berikut |
---|---|
Pentadbir | Pentadbir Lain Pengurus Individu Pengurus Pendaftaran Peranti Pengurus Kandungan Kakitangan |
Pengurus Individu | Pengurus Individu Lain Pengurus Pendaftaran Peranti Pengurus Kandungan Kakitangan |
Pengurus Pendaftaran Peranti | Tiada |
Pengurus Kandungan | Tiada |
Kakitangan | Tiada |
Edit keistimewaan peranan
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Ketik Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian ketik Peranan .
Pilih peranan, ketik butang Edit , kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
Untuk mengeluarkan keistimewaan daripada peranan, nyahplih kotak tandanya, kemudian ketik Simpan.
Untuk menambah keistimewaan, pilih kotak tandanya, kemudian ketik Simpan.
Keistimewaan asas
Uruskan keistimewaan asas seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Keistimewaan asas | Pentadbir | Pengurus Individu | Pengurus Pendaftaran Peranti | Pengurus Kandungan |
---|---|---|---|---|
Terima terma dan syarat | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Edit keistimewaan untuk peranan lain | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Tambah Nombor Pelanggan Apple dan Nombor Penjual Semula | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Setkan maklumat status cukai | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Cipta, edit dan padam lokasi | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Guna peranti terurus | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan |
Daftar masuk ke iCloud.com dengan Apple ID Terurus | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan |
Guna app dan buku terurus | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan |
Mentadbir AppleSeed untuk IT | Sentiasa dihidupkan | Dimatikan secara lalai | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Ambil bahagian dalam AppleSeed untuk IT | Sentiasa dihidupkan | Dihidupkan secara lalai | Dihidupkan secara lalai | Dihidupkan secara lalai |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AppleSeed untuk IT, lihat laman web AppleSeed untuk IT.
Keistimewaan individu
Uruskan keistimewaan individu seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Keistimewaan individu | Pentadbir | Pengurus Individu | Pengurus Pendaftaran Peranti | Pengurus Kandungan |
---|---|---|---|---|
Cipta, edit dan padam Apple ID Terurus | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Tugaskan peranan kepada pengguna | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa Dimatikan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Ubah status akaun pengguna | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Reset kata laluan untuk pengguna | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Cipta, edit dan padam kumpulan pengguna | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan |
Keistimewaan peranti
Uruskan keistimewaan peranti, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Keistimewaan peranti | Pentadbir | Pengurus Individu | Pengurus Pendaftaran Peranti | Pengurus Kandungan |
---|---|---|---|---|
Uruskan pelayan MDM | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan |
Tambah, tugaskan dan keluarkan peranti | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan |
Tugaskan peranti kepada organisasi | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan |
Keluarkan peranti | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Dihidupkan secara lalai | Sentiasa dimatikan |
Keistimewaan kandungan
Konfigurasikan seting kandungan, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Keistimewaan kandungan | Pentadbir | Pengurus Individu | Pengurus Pendaftaran Peranti | Pengurus Kandungan |
---|---|---|---|---|
Lihat app dan buku | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dihidupkan |
Beli app dan buku | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dihidupkan |
Tugaskan semula lesen untuk app | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dihidupkan |
Pegang lesen app dan buku yang belum ditugaskan | Sentiasa dihidupkan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dimatikan | Sentiasa dihidupkan |
Keistimewaan kakitangan
Konfigurasikan keistimewaan kakitangan, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Keistimewaan kakitangan | Akses | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Guna peranti terurus | Sentiasa dihidupkan | ||||||||||
Daftar masuk ke iCloud.com dengan Apple ID Terurus | Sentiasa dihidupkan | ||||||||||
Guna app dan buku terurus | Sentiasa dihidupkan | ||||||||||
Ambil bahagian dalam AppleSeed untuk IT | Dihidupkan secara lalai |