Perihal konflik domain dalam Apple Business Manager
Anda mesti menyelesaikan konflik nama domain. Nama domain adalah berdaftar dan mestilah unik secara sejagat. Domain atau nama domain (seperti yang diketahui umum) ialah nama yang merujuk kepada organisasi yang lebih besar dan bukannya ahli individu.
Jika anda cuba mengesahkan domain dan pengesahan gagal, mungkin sesetengah organisasi lain menggunakan domain tersebut. Sebagai contoh:
Organisasi A | Organisasi B |
---|---|
Mengesahkan domain theacmeinc.com. | Tidak boleh menggunakan domain theacmeinc.com kerana domain telah disahkan oleh Organisasi A. |
Contoh aliran kerja pertikaian domain
Organisasi B boleh memilih untuk menghantar maklumat kenalan mereka (nama orang yang meminta untuk dihubungi, alamat e‑mel mereka dan nama organisasi mereka) kepada Organisasi A.
Organisasi A boleh memilih sama ada untuk menghubungi atau tidak Organisasi B untuk menyelesaikan tuntutan domain.
Penting: Apple tidak campur tangan dalam tuntutan domain.